kematian itu pasti

Pada hari Khamis, 29 September 2011, seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia telah dijemput Ilahi. Setelah berjuang melawan penyakit yang dihidapinya, Wan Ahmad Faris Wan Yusoff dari jurusan Sains – Mikrobiologi yang baru menerima ijazah pada Ahad, 25 September lalu, telah pergi menemui Penciptanya. Aruah Wan Ahmad Faris didapati menghidapi kanser pada bulan Ramadhan lepas. Begitulah suratan takdir bagi dirinya. Read More Story

ujian ramadhan

Sewaktu memandu aku suka mendengar celoteh Kak Engku, Khairil dan Salleh Yaakob di radio Sinar. Celoteh mereka menjadi halwa telinga aku setiap pagi. Pelbagai topik akan dibincangkan dan menerima panggilan, sms atau email dari pendengar.

Pada pagi ini aku telah mendengar kisah seorang pemanggil yang juga seorang peniaga di bazar ramadhan. Kisah ini berlaku tahun 2010 di mana pada waktu itu dia baru saja berpisah dengan isterinya akibat penceraian. Selepas berpisah, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjaya dan dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia murung seketika sehinggalah baki 12 hari lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada waktu itu barulah dia tersedar bahawa dia tidak seharusnya melayani perasaan kecewanya keterlaluan. Dia harus melakukan sesuatu untuk memcari rezeki kepada anak-anaknya. Read More Story

durian oh durian

Musim durian telah tiba. Harga semakin murah. Rezeki dari Allah dapat dinikmati. Betapa bertuah bumi kita. Bersyukur kepada Allah. Dapat kita merasa betapa nikmat rezeki dari-Nya…

Betapa enak isi durian. Pelbagai rupa, warna sedikit berbeza dan beraneka rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Untuk mengeluarkan isinya kita perlu mengupas kulitnya yang berduri. Begitulah hidup kita, untuk mencapai kejayaan perlu kepada kepayahan dan kesukaran. Barulah hasilnya nanti lebih bermakna kepada kita. Sentiasalah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Read Full Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Archives

  • Waktu Solat

    • Seluruh Negeri Pulau Pinang
    • 291° 34′ 37″17/05/2012
    • Imsak5:32
    • Subuh5:42
    • Syuruk7:06
    • Zohor13:17
    • Asar16:39
    • Maghrib19:27
    • Isyak20:41
  • Santapan Minda

    Cinta lalu: Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Cinta kini: Makan setalam, tidur setilam, mandi sekolam. - A Samad Said
    via SM
  • Login to Chat
    Enter Nick:
    developed by wordpress experts
  • Theme Credit