FOKUS MEREKAYASA USM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI PILIHAN DI PTNC 2018

DSC 2199 2

NIBONG TEBAL, 23 Februari 2018 – Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018 (PTNC2018) memperlihatkan fokus utama universiti dalam Merekayasa USM Sebagai Sebuah Universiti Pilihan atau Making USM a Preferred Universiti by Design.

Mengupas akan perkara ini, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menggesa agar warga universiti untuk mencari keunikan yang akan memacu ke arah pencapaian semasa dan akan datang yang lebih baik serta selari dengan Moto Kami Memimpin.

DSC 2188

DSC 2109

“Sudah tiba masanya untuk kita meneroka lebih banyak peluang-peluang yang wujud di dalam negara dan antarabangsa melalui kekuatan kita sebagai universiti pilihan yang seterusnya akan memacu kepada konsep Anak Sulong yang sering mendahului dalam pelbagai bidang sanjungan,” kata Asma.

Malah, beliau turut menggalakkan agar sistem-sistem yang berlandaskan kepada kepakaran universiti diperhalusi dengan lebih cemerlang dalam usaha untuk memenuhi kehendak serta menarik minat komuniti secara keseluruhan.

DSC 2215

Naib Canselor dalam perutusannya turut menegaskan akan kesungguhan serta dedikasi USM sebagai universiti APEX untuk menghasilkan graduan dengan ciri-ciri  HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) yang tepat untuk menjadi relevan dengan pelbagai cabaran di alaf baru ini.

“Merujuk kepada HEBAT, kita mesti membina kumpulan pelajar yang berpewatakan serta berfikiran global yang disokong melalui pelbagai jaringan hubungan di dalam dan luar Negara seperti The Asia-Pacific Community Engagement Network (APUCEN), The ASEAN Student Entrepreneurship Network (ASEnet) dan e-Journal for Community and Industry Engagement,” kata Asma.

DSC 2206

“Oleh yang demikian, kita telah mewujudkan program satu (1) pelajar satu (1) passport gaya USM yang akan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia antarabangsa berlandaskan kepada pembelajaran sosial (experiential learning) dalam kursus-kursus pembelajaran masing-masing sebelum tamat pengajian mereka di universiti,” tambah beliau lagi.

Pelan tindakan lain yang turut disuarakan oleh Naib Canselor adalah Fleksibiliti dan kebolehsuaian melalui Pendidikan FRIVO yang mempunyai inisiatif hala tuju sendiri, interaksi sosial dan lintas budaya, produktiviti dan kebertanggungjawaban serta memupuk agenda kemapanan APEX dalam pelajar HEBAT.

DSC 2099

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI