SIRI SYARAHAN UMUM PERLANTIKAN PROFESOR – PERMODELAN HIDRAULIK LANGKAH MASA HADAPAN DAN FENOMENA 3R, RAYAP, RETAK DAN RUNTUH

DSC 3152

NIBONG TEBAL, 6 Mac 2018 – Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor hari ini mengetengahkan isu Permodelan Hidraulik Langkah Masa Hadapan dan Fenomena 3R, Rayap, Retak dan Runtuh yang mana masing-masing dibentangkan oleh Profesor Dr. Ismail Abustan serta Profesor Dr. Badorul Hisham Abu Bakar.

Permodelan Hidraulik yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Ismail Abustan adalah satu bentuk permodelan yang digunakan secara meluas untuk menyiasat isu rekabentuk dan operasi dalam kejuruteraan hidraulik yang bertujuan dalam meniru proses pengangkutan dalam sistem aliran semulajadi yang pelbagai dan seterusnya dapat menilai prestasi struktur hidraulik.

DSC 3169

DSC 3180

Menurut Profesor dalam bidang Kejuruteraan Air Bandar di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam ini lagi, permodelan ini amat bermanfaat terutamanya apabila ianya melibatkan keputusan operasi kerja hidraulik yang mahal dan kompleks yang juga merupakan jawapan yang boleh dipercayai apabila penyelesaian ,melalui analisis pengiraan yang tidak dapat diperolehi.

Melalui perkembangan teknologi stimulasi permodelan hidraulik yang tercetus sesuai dengan pertumbuhan pesat input data dari satelit dan DEM seperti penggunaan Dron yang terbukti dapat mengatasi kekangan kejituan input data. Contohnya, DEM dari satelit yang percuma hanya berskala 30mx30m piksel berbanding kemampuan dron yang menjangkau kejituan sehinggan 0.025mx0.025m piksel.

Tambah pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dari University of New South Wales ini lagi, pengunaan input data yang tepat sebagai syarat utama permodelan dijangka dapat membuat pengiraan persamaan terbitan menggunakan persamaan Saint Venant ke arah penyelesaian yang lebih tepat dan jitu yang dapat disimpulkan sebagai langkah masa hadapan permodelan hidraulik.

Profesor Dr. Ismail Abustan melalui pembentangannya turut menegaskan bahawa dengan gabungan penyelidik serta kepakaran daripada pusat-pusat pengajian termasuklah pendekatan untuk menjalankan kerjasama antara kluster seperti saranan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, kelak, USM menjadi pusat tumpuan kepada aktiviti penyelidikan yang terbilang.

DSC 3201

Dalam majlis yang sama, Profesor Dr. Badorul Hisham yang juga dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam membentangkan tentang Fenomena 3R: Rayap, Retak dan Runtuk dimana beliau membincangkan tentang kesan ubah bentuk bahan binaan adalah salah satu penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi dan kecacatan struktur binaan.

Menurut Profesor Dr. Badorul, setiap bahan binaan tidak terlepas daripada pengaruh ubah bentuk seperti elastik, pengecutan atan pengembangan serta rayapan samada untuk sesuatu struktur itu menanggung atau tidak menanggung beban.

DSC 3213

Oleh yang demikian, beliau melalui pembentangannya mengetengahkan bahawa kelakuan ubah bentuk setiap bahan binaan harus difahami dan dikawal dengan baik dalam memastikan struktur binaan tidak berdepan dengan kegagalan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

DSC 3244

Malah, lulusan ijazah kedoktoran dari University of Leeds, United Kingdom ini menyatakan bahawa kegagalan untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi ubah bentuk seperti keretakan yang disebabkan oleh lebihan bebanan, kekurangan tetulang, suhu, kelembapan nisbi dan persekitaran terlampau boleh menyebabkan konkrit cenderung untuk mengalami keretakan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI