WARGA KAMPUS KEJURUTERAAN DISERU AMAL GAYA HIDUP SIHAT CARA #USMFIT

DSC 5458 2

NIBONG TEBAL, 22 Mac 2018 – Warga Kampus diseru untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui cabaran #USMFIT yang dilancarkan bagi peringkat Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM)  di sini hari ini.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapannya di hadapan 1000 orang yang hadir yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Utama, kakitangan-kakitangan serta para pelajar kampus.

DSC 5413 2

“Marilah kita bersama-sama menyambut baik program #USMFIT yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Asma Ismail baru-baru ini.

“Malah, program ini juga buat julung kalinya akan membuka peluang kepada semua warga USM untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita melalui aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan kelak,” kata Azazi.

Selain daripada itu, sebagai Pengarah Kampus, beliau bersama-sama dengan warga kampus akan berusaha dengan lebih giat dalam memastikan BMI masing-masing mencapai tahap normal seiring matlamat program #USMFIT.

Turut dicadangkan oleh Azazi adalah untuk mewujudkan aktiviti kerjasama dengan Pusat Islam Kampus yang akan menggalakkan warga kampus untuk berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang program ini berlangsung.

Dalam majlis yang sama, Azazi turut menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan kerana telah memberikan seratus peratus komitmen dalam pelancaran program #USMFIT peringkat Kampus Kejuruteraan  yang dibahagikan kepada lima Zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon D, Zon E ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kejuruteraan ini adalah Larian dari Bangunan Pentadbiran ke Unit Kesihatan, Berbasikal dari Unit Kesihatan ke Dewan Serbaguna dan diakhiri dengan Zumbathon.

DSC 5216 2 tile

DSC 5302 2 tile

DSC 5450 2 tile

 

#USMFIT Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/ Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI