REDAC TERIMA KUNJUNGAN PENANDA ARAS IIESM

NIBONG TEBAL, 23 Mac 2018 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM), telah menerima kunjungan daripada Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengurusan Mampan (IIESM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Selain daripada dapat memperkenalkan IIESM kepada pihak luar, lawatan ini juga adalah bertujuan untuk menjadikan REDAC sebagai rujukan terdekat sebagai pusat kecemerlangan yang berlandaskan kepada bidang kejuruteraan.

REDAC USM dijadikan sebagai penanda aras akan kepada usaha IIESM yang sedang dalam proses untuk memohon Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE).

Perkara ini adalah memandangkan status REDAC sebagai sebuah pusat penyelidikan pertama di Kampus Kejuruteraan USM yang telah diberikan status Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi atau HICoE untuk perkhidmatan pada 9 Oktober 2014 dengan pengkhususan bidang Sustainable Urban Stormwater Management.

Setiap informasi yang diperbincangkan melalui lawatan ini kelak akan dijadikan panduan kepada rancangan pembentukan serta pengurusan institut yang berdaya saing dan mantap dalam memenuhi kriteria yang diperlukan bagi mencapai status pusat kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi.

Lawatan ini disertai oleh 19 orang kakitangan IIESM yang terdiri daripada penyelidik-penyelidik, staf pengurusan serta staf teknikal.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI