PELANCARAN #USMFIT ZON A, TITIK MULA KESEDARAN

DSC 5992

NIBONG TEBAL, 28 Mac 2018 – Pelancaran #USMFIT Zon A, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) diharap menjadi satu titik permulaan serta kesedaran betapa pentingnya kesihatan kepada ahlinya.

Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua 1 (Zon A), Prof. Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah dalam ucapannya di sini hari ini bagi menggantikan Ketua Zon, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang tidak dapat hadir.

DSC 5975

Beliau turut menggesa agar setiap ahli dari Zon A yang merangkumi Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK), Jabatan Keselamatan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) dan Pusat Islam istiqamah dalam menyertai setiap aktiviti yang akan dianjurkan kelak.

Malah, seramai 604 ahli keseluruhan dari Zon A turut diharapkan untuk memberikan sokongan penuh melalui penglibatan masing-masing secara berterusan sehingga akhir Program #USMFIT.

Antara aktiviti-aktiviti anjuran Zon A bersempena dengan #USMFIT adalah senamrobik, berjalan sekitar kampus, jogging di Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan yang akan dijalankan secara berkala serta aktiviti Hiking di Bukit Tebuan yang akan diadakan pada 11 April 2018 akan datang.

DSC 6014

DSC 6090

DSC 6037

Seramai lebih kurang 100 orang ahli dari Zon A hadir pada pelancaran yang melibatkan aktiviti seperti berjalan sekitar kampus dengan sejauh 1.5 km dan sesi Senaman Aerobik ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI